Zureincollections

Zureincollections
Buai Berendoi

Friday, 8 May 2015

Majlis Aqiqah : 2 May 2015

Nor Aira Shaqyra Bt Mohd Shahril
2 May 2015
Theme : Pink soft






Tell us your theme and we will decor for you..
Zureen 
 019 669 6415




Thursday, 7 May 2015

Intai-intai Majlis Aqiqah anak2 artis

Majlis Aqiqah anak2 artis sekarang memang trendy and menjadi ikutan peminat2 tanah air. Majlis yang meriah seperti majlis perkahwinan menjadi pilihan mereka.. Jom kita intai2 majlis aqiqah anak2 mereka.. To get more fresh ilham to decor.. Jom guys..

Majlis Aqiqah anaknda Irma Hasmie dgn pasangan


Johan in the house yooo..


Apek tidak ketinggalan bersama walaupun bukan artis..

Majlis Aqiqah Lara Alana yang mendapat liputan pelbagai pihak


 Che Ta yang senantiasa menjadi perhatian umum..

Majlis Aqiqah Dan Cukur Jambul

Majlis Aqiqah kini lebih meriah dengan set buai berendoi yang dihias cantik. Meraikan kelahiran anaknda tanda cinta abadi pasangan suami dan isteri. Majlis Aqiqah disertakan cukur jambul adalah adat unik masyarakat Melayu bagi menyambut kehadiran cahaya mata baru dalam keluarga untuk diperkenalkan kepada seluruh ahli keluarga, sanak saudara , rakan2 dan jiran tetangga..

Majlis Aqiqah yang biasanya disulami dengan berselawat dan berzanji sambil bayi didukung oleh bapa atau ibunya kemudian tetamu yang hadir akan bergilir-gilir menggunting sedikit rambut bayi.


Di dalam Islam mencukur rambut bayi yang baru lahir disebut oleh Rasulullah S.A.W melalui sabdanya :
 "Tiap-tiap anak itu tergadai dengan aqiqahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ke7 dan dicukur, lalu diberi nama"

Penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus dalam menjelaskan perkara ini berkata bagi memastikan majlis itu menepati sunah Rasulullah, rambut bayi yang baru lahir perlu dicukur semua.
"Memang tidak cukur masa majlis itu, kalau cukur masa itu berdarah kepala budak, guntinglah sedikit-sedikit... lepas orang balik cukur semua rambut jadilah ia sunnah", katanya.

Menurut Ustaz Azhar Idrus lagi, sebaiknya rambut bayi yang dicukur itu ditimbang dan jumlah berat timbangan itu disamakan dengan harga emas atau perak.

"Jumlah berat rambut itu sekian sekian gram kemudian kita tengok emas atau perak berapa harganya ikut gram rambut itu, jumlahnya itu kita sedekah kepada yang memerlukan", katanya.

Beliau berkata mencukur rambut bayi yang baru lahir adalah amalan yang baik bagi membolehkan rambut bayi yang lebih sihat dan lebat tumbuh.


Namun begitu apa yang menjadikan amalan itu bukan sunah ialah apabila rambut bayi tidak dicukur sepenuhnya selepas majlis dan tiada pahala yang diperolehinya melainkan menggunting sedikit rambut bayi yang baru lahir.

Islam menggalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga botak supaya segala kekotoran yang keluar dari rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan sihat.